Resipi Sebenar ayam goreng KFC didedahkan oleh anak saudara pengasasnya | Edisi Blogger

Ahad, 16 Oktober 2016

Resipi Sebenar ayam goreng KFC didedahkan oleh anak saudara pengasasnya



Memang tidak dinafikan bahawa KFC (Kentucky Fried Chicken) merupakan franchise restoran makanan segera yang paling popular di seluruh dunia. Pergilah ke mana-mana negara, pasti saja restoran ini ada kat situ. Dek kerana kepopularan ayam goreng kegemaran ramai orang ini, maka ramailah yang cuba meniru malah mencipta resipi sendiri lantas mendakwa hasil gorengannya seakan-akan ayam goreng KFC. Namun sehingga kini, belum ada sebenarnya yang berjaya ‘mencuri’ resepi asal tersebut.

Sehinggalah pada baru-baru ini, Chicago Tribune telah melaporkan bahawa anak saudara Colonel Sander, pencipta resepi itu sendiri iaitu Joe Ledington telah mendedahkan satu helaian kertas yang tertulis 11 jenis rempah yang digunakan untuk memerap ayam goreng original KFC. Kertas tersebut dijumpai di dalam buku skrap milik isteri kedua Colonel Sanders.
Joe Ledington menunjukkan gambar Colonel Sanders
Berikut merupakan 11 rempah sebelum disalut bersama tepung dalam resepi ayam goreng KFC original seperti yang tertulis dalam kertas tersebut:

2/3 Ts salt
1/2 Ts thyme
1/2 Ts basil
1/3 Ts oregano
1 Ts celery salt
1 Ts black pepper
1 Ts dried mustard
4 Ts paprika
2 Ts garlic salt
1 Ts ground ginger
3 Ts white pepper

Namun demikian, resipi tersebut dipertikaikan oleh banyak pihak. Sebelum ini pun sudah banyak yang mendakwa telah menemui resipi asal ayam goreng KFC namun seringkali juga dipertikaikan. Walau bagaimanapun, pihak KFC sendiri tidak memberikan apa-apa respon terhadap penemuan tersebut. Menurut satu laporan lagi, resipi asal KFC yang ditulis tangan sendiri Colonel Sanders kini disimpan di sebuah peti keselamatan. Peti keselamatan tersebut pula diletakkan di dalam konkrit sedalam dua kaki dan dilindungi pass keselamatan serta dilengkapi kamera litar tertutup 24jam.


Apa susah-susah nak buat sendiri ayam goreng KFC? Pergi saja terus ke restoran KFC terdekat untuk merasa kenikmatannya. Itu pun kalau ada duit lebih lah. Jangan saja pergi setiap hari, nanti kena penyakit tiga serangkai. Sekali sebulan tu….ok lah. Huhuhu….

Lagi info menarik:


Catat Ulasan