Opss! Salah Orang! Guru Matematik paling hot yang viral ini rupanya bukan Oksana | Edisi Blogger

Rabu, 19 Oktober 2016

Opss! Salah Orang! Guru Matematik paling hot yang viral ini rupanya bukan Oksana

Beberapa hari lalu, sebuah video yang menunjukkan seorang guru Matematik hot dan berskirt pendek yang sedang mengajar di kelas menjadi viral di laman sosial. Ekoran daripada video viral tersebut, seorang remaja seksi dari Belarus bernama Oksana Neveselaya telah menjadi tumpuan dunia dalam masa yang singkat kerana disangka dia adalah wanita dalam video itu. Oksana turut menerima gelaran ‘guru matematik paling cantik di dunia’.
 
Bukan Oksana


Tapi malangnya, menerusi laporan Express UK, Oksana bukanlah wanita dalam video tersebut seperti yang digembar gemburkan oleh banyak pihak sebelum ini. Remaja berusia 17 tahun itu mendapat begitu banyak perhatian dan mungkin saja popularity yang diperolehinya ini bisa membantu dia menjadi jutawan segera. Akaun Instagram miliknya secara-tiba-tiba meledak dengan jumlah follower sehingga 550,000. Oksana juga dikatakan sudah jemu untuk menjelaskan perkara sebenar bahawa dia bukanlah wanita dalam video tersebut. Namun masih juga ramai yang duk skodeng. Biasalah kalau cantik dan seksi…ramai lelaki suka.

Oksana disalah anggap sebagai guru matematik paling hot
Di sebalik populariti yang diperolehinya itu dalam masa yang begitu singkat, ada juga individu kurang bertanggungjawab yang menangguk di air yang keruh. Secara tiba-tiba, terdapat banyak akaun palsu baru yang menggunakan nama Oksana demi untuk meraih keuntungan atas angin. Selain itu, dia turut menerima gangguan-gangguan lain yang kurang menyenangkan. Namun Oksana sungguh bertuah kerana teman lelakinya sentiasa ada di sisi untuk memberikan sokongan..sorry guys, dia dah ada yang punya.

Pada masa yang sama, guru matematik dalam video viral tersebut pula masih belum diketahui identitinya yang sebenar. Walaupun bukan Oksana, guru matematik itu pun memang cun melecun juga orangnya. Tapi siapakah dia?




Catat Ulasan