BAYI UNTUK DIJUAL ! Bayi perempuan comel ini dijual pada harga RM25k | Edisi Blogger

Khamis, 20 Oktober 2016

BAYI UNTUK DIJUAL ! Bayi perempuan comel ini dijual pada harga RM25k

“Untuk Dijual..Bayi perempuan berusia 40 hari bernama Maria “. Itulah caption yang digunakan oleh seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada bayi tersebut di eBay, sebuah laman jual beli yang memang tidak asing lagi di seluruh dunia. Lelaki tersebut bersama pasangannya merupakan pelarian yang baru sahaja tiba di Jerman, didapati telah memuatnaik tawaran tersebut di eBay dengan menawarkan harga sebanyak £4,500 atau sekitar RM25,000 seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
 
Bayi bernama Maria dijual di ebay


Posting tersebut telah mengejutkan ramai pengguna laman tersebut sehingga menjadi viral dengan pantas. Oleh kerana ianya menggugat sensitivity orang ramai, posting tersebut telah menerima banyak kritikan netizen. Posting tersebut hanya berkekalan selama 30 minit sahaja sebelum dipadamkan serta merta oleh pihak eBay ekoran daripada laporan bertalu-talu yang diterima dari para pengguna. Ebay turut menyenarai hitam pengguna yang meletakkan listing tersebut. Beberapa gambar bayi Maria sambil mengenakan pakaian-pakaian yang berbeza turut disertakan. Sambil itu, pihak ebay juga sedang menilai sama ada posting tersebut benar-benar asli atau hanya sekadar ‘hoax’ untuk menarik perhatian netizen.
Maria dijual di ebay oleh bapanya sendiri
Selepas menerima laporan, pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menahan suspek kerana lelaki itu sendiri bersama pasangannya telah menyerah diri sambil membawa telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan untuk memposting iklan jual bayi tersebut di ebay. Lelaki itu mendakwa bahawa tujuannya hanyalah untuk bergurau. Namun, pihak polis meragui keterangan yang diberikan oleh suspek dan kini masih meneruskan siasatan lanjutan terhadap keluarganya.
Maria
Kini, bayi perempuan benama Maria ini berada di bawah jagaan pihak berwajib dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Ibu bapa Maria pula sedang dinilai akan kesesuaian mereka untuk menjaga bayi tersebut. Maria mungkin saja boleh kembali semula ke pangkuan ibu bapanya tetapi sekiranya mereka didapati gagal memenuhi beberapa syarat, Maria bakal diserahkan kepada keluarga angkat atau ditempatkan di pusat jagaan.

Penjualan bayi disifatkan sebagai salah satu cabang dalam jenayah pemedagangan manusia dan ianya harus dibanteras.



Catat Ulasan