5 Cara isteri mengatasi masalah suami ‘mati pucuk’ | Edisi Blogger

Jumaat, 14 Oktober 2016

5 Cara isteri mengatasi masalah suami ‘mati pucuk’

Gambar hiasan
Masalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di kalangan lelaki. Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada pasangannya. Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar 50an ke atas. Tapi ia juga boleh berlaku kepada individu yang masih muda remaja. Namun jika anda adalah seorang isteri yang sedang berhadapan dengan suami yang mati pucuk, usah takut usah gentar. Ada penyelesaiannya. Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bakal tersisih dari segi kepuasan batiniah.


Mati pucuk ialah kegagalan penis mencapai ereksi


Berikut adalah 5 cara seorang isteri untuk membantu suami yang sedang mengalami masalah kegagalan mencapai ereksi semasa berhubungan intim atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Kalau dalam English, kita panggil ‘Erectile Dysfunction’.

1. Teruskan memberi sokongan moral kepada suami anda. Jangan biarkan si suami sentiasa berada dalam tekanan terutamanya ketika berhubungan intim. Orang yang mengalami mati pucuk ini sentiasa risau dan rendah diri. Takut-takut kalau pasangannya tidak mencapai kepuasan maksima dan kemudian risau si dia bakal mencari orang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual. Dear wives, tell your parner that you don’t need to rush things sexually.

2. Berjumpa dengan pakar terapi seks. Well, jangan fikir yang bukan-bukan. Berjumpa dengan ahli terapi seks bukan bermaksud anda akan diberi tunjuk anjar bagaimana melakukan hubungan seks secara live depan-depan. Terapi seks sama konsep juga dengan sesi kaunseling di mana seorang pakar akan membantu secara psikologikal. Anda boleh datang secara individu atau dengan pasangan anda. Anda mungkin akan diberikan beberapa latihan dan kerja rumah bersama pasangan anda. Ianya mungkin dalam bentuk sentuhan bukan berasaskan seksualiti namun memberi kepuasan batin kepada pasangan itu sendiri.

3. Penggunaan ubatan moden atau tradisional. Sekarang ini ada banyak jenis ubatan atau alatan moden yang dikatakan boleh membantu pesakit ED ini untuk memuaskan pasangan. Contohnya yang paling popular ialah penggunaan Viagra. Secara tradisional pula, ramai yang lebih memilih untuk berjumpa dengan tok tok batin kat kampung. Ada pula yang cari tok dukun dan pak bomoh semata-mata untuk menjadi gagah semula di ranjang. Tapi harus diingat juga bahawa penggunaan ubatan moden mahupun tradisional ini akan ada kesan baik buruknya. Berani ambil, beranilah tanggung ya.


4. Ajar pasangan dengan konsep VENIS berbanding ‘penis’ (kemaluan lelaki). VENIS adalah akronim kepada perkataan English iaitu ‘Very Non-Insertive Sex’. Maksudnya ialah isteri mencapai kepuasan seksual tanpa si suami memasukkan kemaluannya ke dalam faraj isteri. Si suami boleh saja menggunakan cara lain seperti memasukkan jari atau menjilat kemaluan isteri. Tapi korang kenalah beringat akan hukum hakam perbuatan seumpama ini ya.

5. Cari tempat yang sesuai untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Kadan-kadang walaupun mengalami masalah mati pucuk, seseorang lelaki masih boleh mencapai tahap ereksi ketika berhubungan intim. Persekitaran juga memainkan peranan penting. Bawalah suami anda bercuti di tempat-tempat yang tenang tanpa ada banyak gangguan. Pastinya hanya anda yang akan menjadi focus suami saat itu. Sedar tak sedar, korang dah ehem ehem..

So, kalau pasangan anda merupakan penghidap masalah mati pucuk, usah risau kerana anda masih lagi boleh menikmati kehidupan suami isteri dengan bahagia. Yang paling penting ialah persefahaman di antara kedua belah pihak dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jangan biarkan suami anda sering berada dalam tekanan. Jaga juga makan minum dia. Jangan saja sampai jadi obese. Nanti lagi teruk penyakitnya. Dah lah mati pucuk…nanti kena lagi penyakit tiga serangkai…merana lah hidup!!
(sumber:independent.uk, everydayhealth.com)


Lagi info menarik:






Catat Ulasan