Edisi Blogger: Disember 2015

Selasa, 15 Disember 2015

Seluar terlondeh ketika bergambar bersama pemimpin no.1 negara

Kalau ini berlaku dekat aku, buat pembedahan plastik tukar wajah sepuluh kali sekalipun takkan dapat hilangkan 'kemaluan' yang teramat sangat..hohoho

Lelaki bernama Ivan Zvonimir Cicak mengalami pengalaman paling tidak dapat dilupakan dalam hidupnya sepanjang bergelar aktivis kemanusiaan di Croatia selepas seluarnya terlondeh ketika bergambar bersama pemimpin nobor satu negara tersebut, Kolinda Grabar-Kitarovic.
Seluar Ivan Zvonimir terlondeh ketika bergambar
Nasib baik ada gambar tu untuk cover 'aset'nya. Alahaiii...kesian..sungguh malang tidak berbau

Lagi Info Menarik:

Isnin, 14 Disember 2015

Otak tumbuh di hidung, bayi ini umpama Pinokio di dunia nyata

Semasa zaman kanak-kanak dulu, kartun animasi Pinokio (Pinocchio) memang sangat popular di kalangan teman-teman. Kami juga terbawa bawa perangai Pinokio tu sampai suka mengejek kengkawan lain, "hei, kalau menipu, hidung akan jadi panjang tau!"..hahaha..masa tu nak sangat jumpa dengan pinokio namun apakan daya, ia hanyalah watak rekaan semata-mata.

Berbalik kepada tajuk di atas, rupanya memang ada pinokio dalam dunia realiti sebenar. Namun ia bukanlah seperti yang disangkakan sama dengan kartun pinokio. Kisah ini lebih emosional dan touching. 

Ollie Trezise dilahirkan dengan satu kondisi ganjil yang sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Kondisi tersebut menyebabkan otaknya bertumbuh keluar melalui celah tengkorak kepalanya di bahagian hidung - menyebabkan hidungnya membengkak dengan mendadak ala-ala pinokio.
Otak tumbuh di hidung
Pertumbuhan tersebut bertumbuh seiring dengan usia bayi tersebut. Ollie sering kali diejek oleh orang sekeliling yang memanggilnya 'hodoh'. Namun ibunya, Amy Poole tetap positif dan dengan bangga menamakan bayinya sebagai 'real life Pinocchio'.

Amy Poole dengan Ollie
Disebabkan masalah kesihatan yang lebih rumit mungkin akan berlaku, ibu bapa Ollie telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pembuangan lebihan cecair otak di bahagian hidungnya dan turut melakukan pembedahan penstrukturan semula hidungnya. 
After surgery
Semoga kanak-kanak ini beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini. Bagi yang kuat mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain tu..beringat-ingatlah sentiasa, hari ini hari dia, kot kot esok hari kita pulak..karma doesn't lie...

Lagi Info Menarik:


Khamis, 10 Disember 2015

Anda pelupa? Mainlah video game untuk menguatkan memori

Kalau anda ada nenek, datuk atau saudara mara yang mengalami masalah hilang memori, cubalah ajak mereka bermain game. Bermain video game ini juga boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur untuk mencegah daripada terkena penyakit dimentia atau memory loss.

Menurut kajian, permainan video 3D seperti Super Mario yang menjadi kegilaan di kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan salah satu rawatan yang berkesan untuk melindungi seseorang daripada terkena penyakit dimentia (memory loss) yang sering dikaitkan dengan warga emas yang sudah lanjut umur.


Sebelum ini, permainan teka silang kata dan brain teaser telah menjadi antara teknik untuk mendorong fungsi kognitif seseorang, dan kini permainan 3D telah dimasukkan sebagai teknik tambahan.

Dalam kajian yang dilaksanakan, beberapa sukarelawan telah mengambil ujian memori sebelum dan selepas dua minggu. Dalam tempoh tersebut, mereka diminta bermain game selama setengah jam setiap hari. Dalam ujian kedua, mereka diminta untuk mengingat kembali sama ada terdapat perubahan atau tidak pada gambar yang mana telah ditunjukkan kepada mereka sebelumnya. Dapatan kajian mendapati mereka yang bermain game lebih mudah mengenalpasti perubahan pada gambar berbanding mereka yang tidak bermain game.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa permainan video berbentuk 3D mampun meransang hippocampus pada otak yang merupakan elemen penting kepada memori manusia.

Jadi, jika anda ada masalah sukar mengingat sesuatu benda, mainlah video game. Tapi jangan terlalu banyak main game sampai ketagihan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan juga.

Layari Lagi Info:

Selasa, 8 Disember 2015

#TakNakDiktator Apa itu Akta MKN? Akta terbaru yang memberi kuasa diktator kepada PM Najib?

Salam pembaca...

Sejak dua menjak ini, Akta MKN semakin hangat diperkatakan oleh rakyat marhaen. Tun Mahathir sendiri pun bersuara lantang mendakwa bahawa Akta MKN ini bakal menghapuskan kuasa sultan / raja di negara kita Malaysia dan bakal memberi kuasa besar ala-ala diktator kepada PM Najib Razak. MKN atau Majlis Keselamatan Negara ini sudah pun diluluskan dalam Dewan Rakyat tapi belum lagi jadi undang-undang rasmi.

Apa itu Akta MKN yang hangat didebatkan ini? Apa kebaikannya? Apa pula masalahnya kalau dilaksanakan? Berikut ada penjelasan ringkas dan mudah difahami yang admin cedok dari Kisah Habis.
Apa itu MKN?  
Majlis Keselamatan Negara memang dah lama ada tapi baru-baru ni ada rang undang-undang kat Parlimen yang bagi kuat lagi kuasa Majlis tu. Rasionalnya ialah supaya negara lebih bersedia untuk respon kepada apa-apa ancaman keselamatan kepada negara. 
Apa yang bagusnya MKN ini?Okay, so sekarang MKN akan ada banyak kuasa besar. Antaranya:
1. Kuasa penuh kepada PM untuk isytihar 'security area' (kawasan keselamatan) sampai 6 bulan.
2. Semua benda yang MKN buat, semua rahsia.
3. Dorang akan ada kuasa pemeriksaan tidak terhad, tangkap tanpa waran, dan takeover semua bangunan, tanah, dan harta di dalam kawasan keselamatan.
4. Semua tindakan MKN adalah kebal daripada apa-apa tindakan undang-undang 
Apa pulak masalahnya kalau MKN jadi Undang-undang?Ada banyak masalah dari segi prosedur dan undang-undang itu sendiri nampaknya.
1. Rang undang-undang tu masuk Parlimen 2 hari je.
2. Kurangnya sesi konsultasi sebelum undang-undang tu dibawa ke Parlimen.
Gobind Singh kata undang-undang ni bagi banyak sangat kuasa kat satu individu, dan bagi contoh penggunaan SOSMA yang dah janji tak kena guna untuk orang-orang persendirian tapi last-last kena guna untuk Khairuddin Abu Hasan & Mathias Chang sebab kritikan mereka terhadap 1MDB. Baca lagi kenapa rang undang-undang MKN ditentang oleh masyarakat sivil
Bayangkan saja kalau Najib memegang kuasa veto di negara ini? Kuasa Agong dirampasnya malah dia kebal dari dikenakan tindakan undang-undang..lepas ni, engko soal balik duit RM2.6bilion tu, siaplah engko kena tangkap kaw kaw..

Lagi Info: 

Isnin, 7 Disember 2015

Iklan lucah melampau D'Herbs dikritik kaw kaw..betulkah iklan ini milik D'Herbs?

Kecoh...memang kecoh betul dengan si terlajak laris ni..sejak video iklan lucah D'Herbs yang mana ianya mengiklankan satu produk untuk membesarkan payudara ini tersebar luas di laman sosial, rata-rata netizen yang menontonnya terus menerus mengkritik iklan tersebut. Apa tidaknya, iklan tersebut seakan-akan sebuah iklan pornografi yang memang kurang sesuai dijadikan tontonan kebanyakan lapisan masyarakat. 

Iklan nak bagi tetek beso dari D'HERBS terlajak laris macam KimK. Dah serupa promo movie porn BangBros dah..
Posted by MuahSetapak.com on Friday, December 4, 2015
Sila tonton dulu, baru buat andaian dan penilaian sendiri. Rata-rata netizen yang sudah menontonnya telah memberi pelbagai kritikan pedas menyatakan yang iklan tersebut menjatuhkan maruah seorang isteri, menggunakan model transgender ~ sebenarnya model wanita itu bukanlah transgender, serta memaparkan peribadi seorang suami yang agak bodoh dan gila angau..fuhh... Satu persoalannya di sini, betulkah video iklan ini dihasilkan oleh krew produksi D'Herbs yang diasaskan oleh Dato' Aliff Syukri?

Menurut sumber, video tersebut bukanlah dihasilkan oleh produksi D'Herbs tetapi merupakan satu video iklan parodi yang dihantar oleh salah seorang peserta video parodi D'Herbs yang dianjurkan oleh Dato' Aliff Syukri sendiri. So, memang ada sangkut paut lah antara D'Herbs dengan video lucah ini. Menurut sumber, video yang mendapat view paling banyak akan menjadi pemenangnya. 
Sumber: IG Dato Aliff

Nampaknya, pembikin video lucah tersebut benar-benar berjaya mendapat view yang tinggi untuk video iklan parodi D'Herbs nya..memang betul kata orang putih.."Sex sells"..huhu..anyway, Dato' Aliff pun dah mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku ekoran daripada kontest video parodi anjurannya ini.


Lagi Info:

Ahad, 6 Disember 2015

Malangnya nasib! Jeti roboh, Shafie jatuh ke laut di Semporna

"sudah jatuh, ditimpa tangga lagi"..agak-agak peribahasa ni ada sangkut paut juga dengan nasib bekas Menteri dalam kabinet Najib yer..

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ditimba malang apabila jatuh ke laut dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.
Seorang pengguna maya memuat naik gambar seputar insiden itu di Facebook semalam.
“Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan dia jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama “Tun Razak”. 
Beliau juga memuat naik beberapa keping gambar sekitar insiden itu, antaranya sebelum dan selepas kejadian di perkampungan air di Semporna – yang terkenal dengan keindahan lautannya. Ia antaranya memaparkan rombongan Shafie berjalan di titian kayu dan gambar beliau diambil dengan sebuah sampan ketika kejadian. 
Berdasarkan gambar, naib presiden Umno itu dalam lawatan itu memakai seluar hitam, kemeja cerah berlengah panjang serta bersongkok dan berkasut hitam. Pembantu Shafie ketika dihubungi mengesahkan insiden itu tetapi berkata tiada sebarang kecederaan dialami. 
Malah, katanya, Shafie akan hadir seperti biasa dalam majlis Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya di Kuala Lumpur esok. 
“Tak ada cedera apa-apa. Esok dia datang Kelab Sultan Sulaiman,” katanya yang enggan namanya disebut. 
Shafie dan Muhyiddin sama-sama digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak selepas lantang mengkritik isu 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang sarat hutang. - MK
Nasib baik juga Shafie Apdal tidak mengalami sebarang kecederaan selepas jatuh dari jeti tu ya. Ada maksud tersirat di sebalik kejadian ni. Mungkin jeti tu nak mintak peruntukan untuk pembinaan jeti baru kot. Kalau lah Najib dan Rosmah yang terkena nasib macam tu, agak-agak ada yang prihatin tahap Bersamamu TV3 tak?


Memang menyedihkan! Luahan hati TMJ atas kemangkatan adiknya, Tunku Abdul Jalil

Terutama sekali, admin mengucapkan takziah khususnya kepada keluarga diraja Johor dan seluruh rakyat Johor di atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. Tunku Jalil yang menghidap kanser tahap 4 sejak beberapa tahun lalu telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015 kelmarin.

Memang memilukan bila admin mengenangkan akan kesedihan yang melanda keluarga diraja Johor ketika ini. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan di antara adik beradik keluarga diraja Johor ini memang sangat akrab dan pastinya pemergian salah seorang anggota keluarga diraja ini sangat memberi kesan mendalam terhadap mereka. TMJ yang juga abang sulung kepada Tunku Jalil selaku penaung bola sepak JDT sempat berkongsi luahan hatinya melalui laman Facebook rasmi kelab tersebut. Memang menyedihkan!
Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor - Official Facbook Page JDT 

Semoga roh Tunku dicucuri rahmat dari Yang Esa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Info Berkaitan: Sejauh manakah anda menyayangi seseorang? Jawab kuiz ini untuk mengetahuinya

Rabu, 2 Disember 2015

Rakaman Video ujibakat Daniel Radcliffe untuk Harry Potter ketika kecil

Korang dah tengok rakaman video ujibakat Daniel Radcliffe untuk Harry Potter ketika dia masih kecil ini? Memang comel. Mukanya umpama sangat 'innocent' gitu..no wonder lah kenapa Chris Colombus terpikat dengan Daniel untuk membintangi filem sepanjang zaman, Harry Potter, arahannya.


Klip video ini mula tersebat melalui laman Youtube. Dalam klip video singkat tersebut, Daniel sedang berbicara mengenai naga dan batu sakti.
Daniel Radcliffe kini berusia 26 tahun
Pada mulanya, ibu bapa Daniel sebenarnya tidak bersetuju dengan tawaran terhadap anak mereka untuk membintangi filem Harry Potter tersebut disebabkan lokasi penggambaran dilakukan di Los Angeles. Namun pengarahnya terpaksa akur dan bersetuju untuk menjalankan penggambaran di UK.

Lagi Info: Jom lihat siapa lelaki yang buat magik kat konsert Britney Spears ni..dia nak datang Malaysia tau!