Bukti Cashout iklan PopAds sehingga kini | Edisi Blogger

Isnin, 31 Mac 2014

Bukti Cashout iklan PopAds sehingga kini

Bukti cashout iklan PopAds sehingga kini akan saya kongsikan dalam entri ini. Bukan nak menunjuk cuma nak berkongsi peluang dan maklumat mengenai salah satu cara menjana duit melalui iklan di blog. Lagipun income yang saya dapat ni bukannya banyak sangat sebab blog pun bukannya sepopular mana. Trafik pun sekitar 1000PV jer sehari. 

Saya mula letak iklan PopAds sejak September tahun lalu, kiranya dah hampir tujuh bulan. Minimum cashout cuma USD5 jer. Boleh juga setkan kepada automatic withdrawal supaya nanti korang tak perlu susah-susah nak cashout. Kat bawah ni adalah bilangan cashout sehingga kini yang saya buat. Tak lah banyak sangat, tapi oklah sebagai pasif income melalui blog...kan kan kan..



Ok, yang kat bawah ini pulak adalah cashout Popads yang dah masuk ke dalam akaun Paypal. Popads bayar dalam tempoh kurang dari 24jam. Kalau anda tengok gambar kat bawah ni, pembayaran PopAds datang dari Tomksoft SA..selain PopAds, saya juga guna iklan CPM dari CDXNGlobal yang dibayar oleh Milan Pochanic tu. PopAds dan CDXNGlobal kedua-duanya bayar iklan guna kadar CPM.
Pembayaran PopAds ke akaun Paypal ditanda warna kelabu oren
Secara peribadi, saya lebih suka dengan iklan PopAds sebab iklan ni kurang menyerabutkan blog. Lagipun kadar pembayarannya dikira sebagai CPM (Cost per mile) ala-ala CPUV Nuffnang gitu. Cuma pengunjung kena klik mana-mana tempat kat dalam blog jer lah supaya iklan Popads tu nanti boleh muncul. Pengunjung tak semestinya klik iklan. Mungkin pengunjung akan klik 'next story' ker, atau klik gambar ker, atau klik butang 'read more'. Jadi saya sarankan kalau korang nak pasang iklan PopAds, letaklah apa-apa link yang boleh diklik dan menarik minat pembaca.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Jadi kalau korang nak optimise kan income blog, boleh lah masukkan kod iklan Popads. Sebelum ini pun saya ada kongsikan entri mengenai popads ini. Korang boleh baca entri Bukti Pembayaran dari PopAds dalam 24Jam dan Jenis-jenis iklan CPM dalam Blog untuk info lanjut.

Sekian untuk perkongsian bukti Cashout iklan PopAds sehingga kini..baii..



Catat Ulasan