Edisi Blogger

Sabtu, 23 Julai 2016

Tempat Pandu Uji dan Harga Perodua Bezza di Sabah

Hari ini admin sempat mengikuti seorang rakan untuk pandu uji Perodua Bezza di Alamesra, Kota Kinabalu. Ianya memang satu pengalaman yang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat merasa sendiri pemanduan kereta sedan keluaran terbaru Perodua malah dapat juga merisik harga Perodua Bezza di Sabah. Kalau korang nak datang pandu uji Perodua Bezza ini, lebih elok pandu uji kedua-dua jenis varian iaitu 1.0 dan 1.3. Memang jelas perbezaannya.

Perodua Bezza Standard G 1.0 Auto
Selepas pandu uji sendiri Bezza ini, secara peribadi dan kalau ada bajet yang cukup, saya lebih memilih varian Bezza Advance 1.3 kerana pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Enjin lebih senyap, interior yang menarik, aksesori tambahan yang memikat hati, lebih jimat minyak, serta dilengkapi teknologi hibrid. Tapi harganya pun memang 'menarik' juga. Varian Advance inilah yang paling mahal.
Perodua Bezza Advance 1.3 Auto
Kalau korang tinggal di Sabah, harga Perodua Bezza ini memang lebih mahal berbanding dengan harga di Semenanjung. Sama juga dengan kereta jenis pengeluar lain. Harganya adalah di antara RM39,500 hingga RM53,000. Berikut merupakan jadual harga Perodua Bezza di Sabah.
Standard G 1.0 Manual ~ RM39,500
Standard G 1.0 Auto ~ RM41,500
Premium X 1.3 Manual ~ RM45,000
Premium X 1.3 Auto ~ RM47,000
Advance 1.3 Auto ~ RM53,000
Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah deposit dan bayaran bulanan Perodua Bezza, boleh rujuk gambar di bawah.

Secara keseluruhannya, Perodua Bezza ini memang pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta bermuatan luas pada harga mampu miliki serta jimat minyak. Bagi yang ada bajet lebih, boleh lah try variant Advance. Kalau masih tak puas hati, korang pergi pandu uji sendiri kat mana-mana pusat jualan Perodua terdekat. Tak payah bayar pun. Kecuali kalau korang terlanggar pokok..huhu..

P/s: Kalau diteliti, bahagian belakang Perodua Bezza ini ada iras-iras dengan Toyota Vios. Enjin pun guna vvti macam Vios juga..hurmm. Tapi tak kisahlah..yang penting, korang puas hati bila memandunya kelak.

Lagi Info Menarik:
Kamu memang paling pandai cuci kain kalau tak pernah buat 9 perkara ini
Aksi-aksi dalam filem Star Trek yang korang tak pernah sangka akan berlaku
> Perkara ngeri yang bakal berlaku kalau korang mempunyai klon sendiri..
Bersediakah anda untuk menjadi suri rumah sepenuh masa? Think again!!


Ahad, 17 Julai 2016

Harga cecah RM7 sekilo, topik ubi kayu jadi hangat

Begini lah kalau sudah berada di zaman teknologi canggih bila telefon pintar menjadi lebih pintar dari otak manusia yang cerdik merdik ni. Dengan satu sentuhan jari jer, dah boleh share bermacam jenis informasi yang entah betul entah salah. Huhu...
Ubi kayu (sumber: mr google)
Hari ini, topik ubi kayu memang agak hangat diperbualkan di group-group whatsapp. Ianya bermula apabila terdapat satu infomasi mengenai harga ubi kayu yang dibeli tinggi oleh sebuah kilang tempatan di Sabah. Berikut merupakan kandungan whatsapp yang diviralkan itu;

Makluman :-
1 kilang memproses tepung ubi kayu telah dibuka di Kudat dan memerlukan bekalan ubi kayu sebanyak 200ribu tan sebulan, bekalan ubi kayu sekarang tidak mencukupi.Sesiapa yang ada menanam ubi kayu akan dibeli dengan harga yg tinggi per kilogram. Kilang juga akan mengambil sendiri ubi kayu yg siap dituai di tempat kita. Sekian
1kg Rm7
10kg Rm70
1 guni 10kg=Rm70
10 guni 10kg runtih (ubi kayu)=Rm700
Paul Buli call 088428996
Desa cargill bhgn RMS
Wahsp: 6011-10514402

Fuh! Lumayan juga harga yang ditawarkan oleh kilang ni yer..bagi yang ada tanah berbendang-bendang luasnya, pasti terketar tulang rusuk juga nak buka kebun ubi kayu. Tapi sejauh mana kebenarannya?? Kalau info ini benar, memang ia berita yang sangat baik untuk warga tempatan yang memiliki tanah. Tapi kalau salah, hurmmm...gigit jari lah jadinya..hohoho..Dan admin tekankan kat sini bahawa informasi yang diviralkan ini sememangnya TIDAK benar. Menurut sumber yang dipercayai, kilang itu memang ada tapi harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah, tak sampai RM1 per kilo pun. 

Harga semasa pasaran ubi kayu sebenarnya hanya dalam lingkungan RM1 hingga RM2 per kg saja dan jauh lebih murah jika dibeli secara pajak. Lagipun, korang tak hairan kah degan harga ubi kayu yang begitu mahal? lebih mahal dari tepung yang sudah diproses iaitu sekitar RM2/kg? Beras 10kg pun harganya sekitar RM20 jer..ni mesti nak proses ubi kayu untuk dijadikan emas ni..huhu..TAPI, kalau korang berminat nak jadi usahawan ubi kayu ini, memang digalakkan juga. Yang penting ada usaha dan kemahuan. Kalau ada tanah sendiri, lagi eloklah. Dengar cerita, ada seorang usahawan ubi kayu ni boleh jana sampai RM200 sehari ~ ini memang logik ~ hasil dari menjual ubi kayu. Boleh baca kisah beliau kat Sinar Harian.

p/s: Tadi, admin ada try whatsapp nombor tertera kat atas tu...ada gak dibalas tapi tak menjawab pertanyaan. Disuruh pulak kita call manager kilang ubi kayu tu..dia ada bagi number tel manager tu jugak tapi admin tak kesampaian nak call sebab dah larut malam..esok saja lah sambung...gudnite..maka dengan ini, terbatal lah niat nak tanam ubi kayu kat tanah sekangkang kera di kampung.

Lagi Info Menarik:-
> Menyesal tak pergi kat bazar ni semasa bulan puasa dulu...tengoklah juadahnya
> Makanan best berasaskan ubi kayu..ada tak dijual kat tempat-tempat ni?
> 7 Restoran kat Malaysia yang masih tetap bertahan selepas 50 tahun beroperasi..pergh!! makanannya memang best!